Tuesday, July 27, 2010

SEJARAH SEKOLAH

LATAR BELAKANG SEKOLAH


Sekolah Agama Kampong Contoh mula beroperasi pada 25 Disember 1993.Guru besarnya pada ketika itu ialah Ustazah Hajah Sugimah Binti Zakaria.

Sekolah ini pada awal penubuhannya di tempatkan di bangunan balai raya kampung contoh. Kumpulan pertama pelajar darjah satu pada ketika itu ialah seramai 27 orang pelajar dengan hanya Ustazah Hajah Sugimah Binti Zakaria bertugas seorang diri yang dikenali juga sebagai Guru Tunggal sehingga 19 Mei 1995. Pada 16 Jun 1995 beliau telah dibantu oleh dua orang guru iaitu Ustaz Fikri Bin Haji Subari dan Ustazah Hajah Sutiah Binti Noh.

Pada tahun 2000 sebuah sekolah baru telah dibina di atas tanah sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) yang hanya mempunyai satu bangunan terdiri daripada 4 buah bilik darjah, tandas guru dan murid, sebuah bilik guru dan sebuah musolla. Bangunan baru ini mula beroperasi pada 03 Januari 2001. Pada 29 Januari 2001 Tuan Haji Safee Bin Yunus telah menjadi Guru Besar disekolah baru ini selama dua tahun dan digantikan pula Ustazah Siti Maimon Binti Haji Meseran sebagai Guru Besar sehingga kini.

Sehingga tahun 2009 seramai Tiga orang Guru Besar telah berkhidmat di Sekolah Agama Kampung Contoh:-

1. Ustazah Hajah Sugimah Binti Zakaria ( 03-01-1993 ~ 19-01-2001 )
2. Tuan Haji Safee Bin Yunus ( 29-01-2001 ~ 31-03-2003)
3. Ustazah Siti Maimon Bt Hj Meseran ( 01-04-2003 ~ sekarang )